Book an appointment with Iswanah Health care using SetMore

Mon-Sat ( 9 A.M. - 8 P.M. )  / Sun ( 10 AM - 5PM)        Tel: 03 - 6188 8955       Fax: 03 - 6188 0955

Bekam Dari kaca Mata Islam

Bekam merupakan satu amalan yang berkaitan dengan kesihatan badan. Islam menuntut dari semua penganutnya agar menjaga  kesihatan badan. Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri menggesa  umatnya agar mendapat rawatan bekam. Islam mengharuskan berbekam, bahkan penggunaan bekam menjadi  wajib jika keadaan memerlukan demikian.

Diriwayatkan daripada Salma hamba Rasulullah SAW, Beliau berkata ‘’Tiadalah aku mendengar seseorang pun yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang sesuatu penyakit melainkan Rasulullah SAW akan menyuruh orang tersebut melakukan bekam’’.

Ibnu Jarir (310 H) menjelaskan ‘’ sesungguhnya suruhan atau perintah melakukan bekam dari Nabi Muhammad SAW bukanlah satu perintah yang wajib, bahkan ia adalah satu galakkan sunnah (‘’melakukannya mendapat pahalaa kerana mengikut sunnah, meninggalkannya tidaklah berdosa’’)

Apa itu bekam?

Bekam (cupping) bermaksud mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara melukakan sedikit pada kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang di telengkupkan pada tempat yang telah di bedah itu. Bekam dalam Bahasa Arab ialah Al-Hijamah, ia di istilahkan sebagai proses untuk mengeluarkan darah dengan menggunakan alatan bekam. Ibnu Al- Qayyim menyebut dalam buku beliau bekam adalah mengeluarkan darah dari kulit.

 Manusia telah menggunakan teknik berbekam sejak zaman dahulu lagi. Muhammad Nazar menyebut bahawa bekam merupakan Teknik rawatan yang telah digunakan oleh kebanyakan bangsa-bangsa di dunia sejak zaman purba lagi seperti bangsa Cina, Babylon, Yunani dan bangsa Mesir. Penemuan beberapa artifak penting yang berusia hampir 1500 tahun sebelum Masihi antaranya ialah lukisan tentang alat-alat yang digunakan untuk berbekam yang digunakan oleh penduduk Mesir purba telah menunjukkan bahawa teknik rawatan bekam ini sudah begitu popular dalam kalangan masyarakat zaman dahulu kala. Bekam merupakan bentuk rawatan yang amat berkesan dari dahulu sehingga sekarang.

Mengapa perlu Berbekam?

1) Dapat mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W dalam pengubatan
2) berbekam dapat mengawal diabetes dengan menurunkan paras gula dalam darah
3) Mencuci darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang
4) Mengeluarkan darah bertoksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat
5) Meningkatkan daya tahan tubuh badan
6) Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
7) Mengatasi sakit kepala, migrain dan sakit gigi.
8) Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
9) Membantu melegakan ketegangan urat leher, bahu, belikat, pinggang dan urat sendi
10) Menghilangkan masalah sukar untuk tidur dan lesu
11) Membantu mencegah dan meredakan serangan angina ahmar, kebas-kebas tangan dan kaki.
12) Mengatasi gangguan tekanan darah tinggi.